‘Jawatan bukan bahan tawar-menawar’, Umno-PAS Selangor tolak tawaran jawatan Penggerak Komuniti

‘Jawatan bukan bahan tawar-menawar’, Umno-PAS Selangor tolak tawaran jawatan Penggerak Komuniti

Umno dan PAS Selangor menolak pelantikan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan atas dasar 'solidariti'.

PETALING JAYA:
Umno dan PAS Selangor menolak pelantikan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PEKT), sebagaimana agihan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini, kerana jawatan kerajaan “bukanlah bahan tawar-menawar”.

Sebaliknya, mereka mengingatkan, jawatan kerajaan “untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.”

“Umno dan PAS Selangor hari ini bersolidariti,” menurut kenyataan ketua Umno Selangor, Noh Omar, dan rakan sejawat dalam PAS, Ahmad Yunus Hairi.

Menurut kenyataan itu, PAS yang mula-mula menolak jawatan PEKT dengan tidak mencalon nama.

“Sebagai tanda solidariti dan sokongan, walaupun Umno Selangor menghantar nama sebelum ini, Umno Selangor mengambil keputusan untuk menolak jawatan PEKT yang ditawarkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.