Pergi Singapura habiskan pengajian, Syed Saddiq tidak mahu guna gaji sebulan untuk diri sendiri

Pergi Singapura habiskan pengajian, Syed Saddiq tidak mahu guna gaji sebulan untuk diri sendiri

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan kawasan dan pengundinya selama sebulan untuk menghabiskan pengajian di Universiti Kebangsaan Singapura.

PETALING JAYA:
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk tidak menggunakan gaji bagi Mac untuk diri sendiri, kerana ketika itu beliau sedang menghabiskan pengajian.

Bekas menteri belia dan sukan itu merasakan tidak layak untuk menggunakan gaji sebulan itu, ketika beliau meninggalkan kawasan dan pengundinya selama sebulan.

Menurut Syed Saddiq, beliau memulakan pengajian di Sekolah Polisi Awam Lee Kuan Yew di Universiti Kebangsaan Singapura sejak September.

“Saya bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar,” katanya.

Katanya, pengajian sebelum ini dilakukan secara maya dan perlu masuk kelas secara fizikal bagi menghabiskan pengajian.

“Saya harap pengajian saya dalam bidang polisi awam ini menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.