Ini menjadikan 291,958 kes pulih daripada keseluruhan 313,460 jangkitan Covid-19 dengan 1,169 kematian direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 20,333 kes aktif dengan 81 daripada 174 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 1,673 penularan tempatan dan 10 kes import.
Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 1,132 warganegara dan 541 warga asing.
Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 746 kes.
Ia diikuti Sabah (99), Johor (158), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (125), Negeri Sembilan (48), Pulau Pinang (172), Perak (48), Sarawak (201), Kedah (15), Melaka (3), Kelantan (12), Pahang (12), Terengganu (10), Labuan (8), Putrajaya (2) dan Perlis (24).
Noor Hisham berkata, tiga kes kematian dicatatkan berlaku di Selangor dan Pahang.
Katanya, semua kematian membabitkan warganegara berusia 78 hingga 85 tahun, dengan kesemua mereka menghidap penyakit darah tinggi.