Belajar karate seronok, tapi bukan boleh tangani keganasan rumah tangga, kata DAP

Belajar karate seronok, tapi bukan boleh tangani keganasan rumah tangga, kata DAP

Sayap wanita parti itu mengkritik rancangan rakan parti mereka, MCA untuk kursus karate dalam talian buat wanita.

Cadangan Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie untuk kelas karate disifatkan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto sebagai kurang enak.
PETALING JAYA:
Sayap wanita DAP mengkritik Wanita MCA kerana mengusulkan kelas mempertahankan diri karate dalam talian sebagai kaedah untuk memerangi kes keganasan rumah tangga, dengan menyifatkannya sebagai “pelik, lucu, dan tidak bertanggungjawab”, kerana mengharapkan latihan karate selama lapan hari itu dapat membantu wanita mempertahankan diri daripada pasangan yang ganas.

“Wanita MCA sekali lagi memperkecilkan tahap keganasan dalam rumah tangga atau keganasan berdasarkan jantina,” kata Wanita DAP dalam satu kenyataan. “Karate seronok ditonton di TV dan menarik untuk dipelajari sebagai bentuk mempertahankan diri – tetapi Wanita MCA benar-benar ketinggalan sekiranya mereka fikir, ia akan menghalang keganasan rumah tangga.”

Sayap wanita parti itu berkata keganasan rumah tangga bukan hanya masalah kekuatan fizikal sahaja dan ia boleh dalam bentuk fizikal, sosial, psikologi, seksual, atau malah kewangan. Wanita DAP berkata pendidikan, kesedaran, dan akses ke keadilan diperlukan untuk mengekang keganasan rumah tangga.

Usul kursus karate itu dikemukakan oleh Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie pada perhimpunan agung parti itu. Wanita DAP berkata usaha bersepadu pada semua bidang diperlukan dan sayap itu menggesa Heng untuk terus mengambil tahu rancangan dari agensi-agensi negeri untuk melindungi mangsa penderaan.

Ia menggesa Wanita MCA untuk menyeru kerajaan melakukan reformasi undang-undang bagi memerangi keganasan rumah tangga.

Dalam catatan di Facebook, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkata sentimen Wanita MCA kurang enak dan solusi lain, seperti kempen kesedaran dan kursus sebelum perkahwinan mengenai hubungan yang sihat, akan lebih berkesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.