Suspek kes pecah rumah mati lemas selepas terjun sungai

Suspek kes pecah rumah mati lemas selepas terjun sungai

Lelaki maut dalam usaha larikan diri ketika dikejar penduduk kampung.

Mayat suspek ditemui di dasar sungai. (Gambar Fail)
KANGAR:
Seorang lelaki yang dipercayai terbabit kejadian pecah rumah ditemukan lemas hari ini selepas terjun ke dalam sungai untuk melarikan diri ketika dikejar penduduk di Kampung Paloh, Arau petang semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Nanda Maarof berkata, dalam kejadian 3.50 petang itu, suspek berusia 33 tahun terbabit nekad terjun ke dalam sungai berkenaan sebelum dilaporkan hilang daripada pandangan orang awam yang mengejarnya.

“Mayatnya ditemukan di dasar sungai oleh penyelam Unit Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 11.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Perlis Ruhisha Haris berkata operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa bermula pada 8 pagi tadi melibatkan 11 anggota sebelum mayat lelaki berkenaan ditemukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.