32 kursus di Malaysia tersenarai 100 terbaik dunia

32 kursus di Malaysia tersenarai 100 terbaik dunia

QS berkata ranking itu menunjukkan kedudukan global Malaysia yang semakin meningkat di sektor pendidikan tinggi.

Universiti Malaya adalah institusi tempatan terbaik dengan 15 tempat dalam senarai teratas 100 QS World University Rankings mengikut subjek.
PETALING JAYA:
Tiga puluh dua kursus di Malaysia tersenarai dalam 100 ranking teratas QS World University tahun ini mengikut mata pelajaran, meningkat dua lagi berbanding tahun lalu.

Kursus Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi Universiti Taylor dinobat sebagai program ranking teratas di Malaysia apabila berada di tangga ke-17 di dunia. Ia adalah satu-satunya universiti di Asia Tenggara yang berjaya meraih 20 tempat teratas dalam kategori ini.

Ia diikuti rapat Universiti Teknologi Petronas untuk program Kejuruteraan Petroleumnya, yang berkongsi kedudukan ke-23 bersama Universiti Penyelidikan Nasional Tomsk Politeknik Russia.

Universiti Teknologi Malaysia berada di kedudukan ke-41 untuk kursus yang sama.

Kursus Perpustakaan dan Pengurusan Maklumat Universiti Malaya naik enam kedudukan ke tempat ke-32, dan program Teologi, Ketuhanan dan Pengajian Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia meningkat empat kedudukan untuk berada di kedudukan ke-33.

Dalam satu kenyataan, QS berkata ranking itu menunjukkan kedudukan global Malaysia yang semakin meningkat di sektor pendidikan tinggi.

“Ia menyaksikan peningkatan dua lagi berbanding tahun lalu, dengan Universiti Malaya turut berada dalam ranking 100 teratas untuk Sains Alam Sekitar (No 89) dan Farmasi dan Farmakologi (No 97).”

Selain itu, QS berkata, jumlah 200 program pendidikan terbaik di Malaysia telah meningkat dari 90 ke 95 dari tahun ke tahun.

Universiti Malaya adalah institusi yang mencapai prestasi terbaik di Malaysia, merangkumi 36 subjek dan mencapai 100 tempat teratas dalam 15 kursus.

Jelas QS universiti-universiti di Malaysia mendapat tempat terbaik dalam kursus Perniagaan dan Pengurusan, dengan 13 institusi tersenarai. Ia diikuti oleh Kejuruteraan Elektrik (12) dan Sains Komputer dan Sistem Maklumat (11).

Terdapat 16 peserta baharu dari universiti-universiti di Malaysia, termasuk program Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi Universiti USCI dan kursus Kejuruteraan Mineral dan Perlombongan Universiti Teknologi Malaysia.

Jurucakap QS, Jack Moran berkata, pencapaian Malaysia dalam pendidikan tinggi dan kolaborasi rentas sempadan meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini, dan Malaysia kini menjadi negara tuan rumah kedua terbesar bagi pelajar antarabangsa dari UK.

“Kerjasama antarabangsa seperti itu banyak membantu menyediakan program pendidikan tinggi berkualiti tinggi dan diiktiraf kepada pelajar Malaysia, tetapi mereka juga membantu institusi Malaysia untuk memupuk pengiktirafan antarabangsa yang lebih kukuh.

Untuk ranking edisi 2021, QS membandingkan prestasi 14,435 program dari 1,452 universiti serta 51 disiplin akademik di lima bidang fakulti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.