
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster itu dikesan di Selangor, dua di Johor, masing-masing satu di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
- Kluster Taman Alam (Petaling) dengan 23 kes
- Kluster Sementa 27 (Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Mawar (Hulu Langat) dengan 10 kes
- Kluster Jalan DPB Enam (Johor Bahru) dengan 36 kes
- Kluster Jalan Cyber Satu (Kulai dan Kota Tinggi) dengan 9 kes
- Kluster Persiaran Bayan Indah (Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) dengan 25 kes
- Kluster Jalan Bukit Blossoms (Seremban) dengan 18 kes.

Hisham berkata, sebanyak 1,152 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 489 kluster aktif dan 75 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Enam kluster tamat hari ini, iaitu Jalan Kluang, Taman Sejahtera, Jalan Labuk, Jalan Ragum, Industri Indah dan Jalan Mega. Ini menjadikan 663 kluster sudah berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi adalah Industri Sungai Gadut (56 kes), Jalan Muhibbah (49 kes) dan Jalan DPB Enam (36 kes),” katanya dalam sidang media.