Isu potong barisan, Putrajaya tetapkan siapa diberi keutamaan

Isu potong barisan, Putrajaya tetapkan siapa diberi keutamaan

Kakitangan penjagaan kesihatan kritikal mendahului sementara pengamal kesihatan am, menteri, ahli majlis eksekutif, Ahli Parlimen dan Adun berada dalam kategori kedua.

Barisan hadapan harus mendapat keutamaan dalam fasa pertama kempen imunisasi kebangsaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Berikutan aduan cubaan potong barisan, satu garis panduan kerajaan diedarkan, bagi mengenal pasti barisan hadapan yang layak untuk inokulasi semasa fasa pertama program vaksinasi.

Ia berkata, barisan hadapan terbahagi kepada dua kategori:

  • Petugas kesihatan, di sektor awam dan swasta; mereka yang merawat pesakit dan juga mereka di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis. Ia termasuk jururawat, pemandu ambulans serta pegawai perubatan dan farmasi.
  • Pengamal kesihatan am, kontraktor kementerian kesihatan, doktor gigi di sektor swasta, angkatan tentera, polis, anggota bomba, menteri dan anggota Exco; anggota Parlimen dan Adun; serta pegawai Kastam dan mereka yang berada dalam perkhidmatan sosial.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Khas untuk Memastikan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, barisan hadapan adalah mereka yang berisiko tinggi dijangkiti virus kerana terdedah kepada pesakit Covid-19 atau bertugas di persekitaran yang membahayakan mereka.

Garis panduan itu lancarkan beberapa jam setelah menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada beberapa pihak yang cuba “potong barisan” untuk giliran mereka bagi mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech.

Beliau mengesahkan ada pihak yang tidak sepatutnya menerima vaksin telah berjaya masuk ke senarai individu di bawah fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sementara itu, JKJAV berkata sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO dibentuk untuk mengenal pasti dan memproses pemohon vaksin tersebut.

“Hingga kini, JKJAV telah menerima banyak permohonan dari berbagai pihak untuk diutamakan sebagai penerima vaksin,” katanya, sambil menambahkan sehingga jam 12 tengah hari, lebih 1.5 juta orang telah mendaftar untuk diinokulasi melalui aplikasi My Sejahtera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.