
Katanya, Presiden PKR, Anwar Ibrahim perlu melaksanakan tekad untuk menolak budaya lompat parti sesama komponen (dalam Pakatan Harapan) yang jelas menguntungkan satu pihak saja.
“Politik tikam belakang ini usah dibudayakan. Sebagai rakan gabungan dalam PH, menerima penyertaan wakil rakyat ini hanya akan menyebabkan hubungan antara parti renggang dan keruh pada kemudian hari,” katanya dalam kenyataan.
Shazni Munir berkata, PH secara umumnya boleh bersetuju tindakan lompat parti dalam kalangan wakil rakyat suatu penghinaan terhadap sistem demokrasi negara kerana “membeli dan menjual” wakil rakyat merupakan budaya bobrok (rosak) yang hina lagi keji.
“Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PKR (Saifuddin Nasution Ismail) semalam, dengan jelas menyebut parti berkenaan menolak tindakan lompat parti yang bertujuan ingin melemahkan mana-mana parti dalam blok pembangkang.
“Namun ironinya, pada tarikh berkenaan juga dilaporkan PKR menerima wakil rakyat yang lompat di Johor; setelah bantahan dalaman kami suarakan rentetan kejadian sama berlaku di Selangor sebelum ini.”
Semalam, media melaporkan Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim mengakui beliau bersama dua lagi Adun Amanah dari Johor sudah menyertai PKR.