Vaksin Covid-19 keluaran Sinovac tiba di Malaysia

Vaksin Covid-19 keluaran Sinovac tiba di Malaysia

Vaksin Covid-19 yang dibangunkan firma farmaseutikal China, Sinovac itu diangkut menggunakan pesawat Passenger-to-Cargo (PC2).

Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotainer mengandungi vaksin Covid-19 mendarat pada kira-kira 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). (Gambar Bernama)
SEPANG:
Malaysia hari ini menerima vaksin Covid-19 keluaran Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH319.

Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotainer mengandungi vaksin Covid-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter itu, mendarat pada kira-kira 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Vaksin Covid-19 yang dibangunkan firma farmaseutikal China, Sinovac itu diangkut menggunakan pesawat Passenger-to-Cargo (PC2) iaitu pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo, boleh diproses menjadi lebih 300,000 dos untuk keperluan Malaysia.

Ketibaan pesawat itu disambut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Turut serta ialah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Hishammuddin Tun Hussein, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.