8 lelaki dituduh protes penggunaan Jawi di sekolah vernakular

8 lelaki dituduh protes penggunaan Jawi di sekolah vernakular

Semuanya dilepaskan dengan jaminan RM3,000 setiap seorang.

Lapan lelaki terbabit bersama peguam mereka di luar mahkamah, hari ini.
JERANTUT:
Lapan lelaki didakwa di mahkamah majistret di sini hari ini kerana perhimpunan haram diadakan 18 bulan lepas bagi memprotes penggunaan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular.

Goh Say Aik, Leong Ah Kow, Yong Loong Sang, Cheong Sai Kow , Chip Tong Sang, Chip Meng Sung, Wong Keng Yau dan Kong Teck Fook semuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 pagi, 20 Ogos 2019 di depan SRJK Sungai Jan di sini, untuk memprotes penggunaan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu di sekolah vernakular.

Mereka berdepan hukuman penjara enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Peguam T Gunaseelan yang hadir bersama Ng See Teong berkata, anak guam mereka masing-masing dibenarkan jaminan RM3,000.

Kes akan disebut di depan Majistret Nur Syafiqah Noorinda pada 30 Mac.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.