PLUS beri jaminan Jambatan P Pinang selamat digunakan

PLUS beri jaminan Jambatan P Pinang selamat digunakan

Pengendali Jambatan Pulau Pinang, PLUS memberi jaminan bahawa keseluruhan struktur jambatan tersebut masih kukuh.

Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di KM3.3 terbakar dan menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua hala. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
PLUS Malaysia Berhad memberi jaminan struktur keseluruhan Jambatan Pulau Pinang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan susulan kebakaran kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu semalam.

Menurut kenyataan PLUS hari ini, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 malam semalam dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Susulan kejadian, lorong kanan di kedua-dua hala melibatkan lokasi kebakaran akan ditutup selama beberapa hari bagi membolehkan siasatan secara bersama dijalankan oleh TNB, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis.

“Sepanjang tempoh berkenaan, PLUS menggalakkan orang ramai menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bagi mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang susulan penutupan lorong tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.