Kanak-kanak pesakit leukemia capai impian naik kereta peronda polis meninggal dunia

Kanak-kanak pesakit leukemia capai impian naik kereta peronda polis meninggal dunia

Mohammad Ammar Dhani, 7, meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Penaga semalam.

Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan menaiki kereta peronda polis bersama-sama ibunya Nur Syazwani Mazlan dan ketua polis daerah Noorzainy Mohd Noor. (Gambar Bernama)
KEPALA BATAS:
Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukemia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Noorzainy Mohd Noor berkata, beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Penaga di sini.

“Jenazah kanak-kanak yang menghidap kanser tahap empat itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga, kira-kira pukul 10 pagi ini,” katanya.

Pada 22 Jan lepas, impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV menjadi kenyataan apabila dibawa meronda di sekitar kawasan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah SPU sambil diiringi Noorzainy.

Kanak-kanak itu yang menghidap kanser darah sejak berusia dua tahun dan bercita-cita menjadi anggota polis dibawa bersiar-siar selama 10 minit sejauh kira-kira dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.