Polis serbu penerbit buku Tommy Thomas, rampas 2 komputer

Polis serbu penerbit buku Tommy Thomas, rampas 2 komputer

Pengasas GerakBudaya Chong Ton Sin berkata polis berada di pejabatnya lebih satu jam.

Polis berada lebih satu jam di pejabat GerakBudaya dan merampas dua komputer.
PETALING JAYA:
Polis menyerbu syarikat penerbitan GerakBudaya Enterprise hari ini berhubung buku bekas peguam negara Tommy Thomas, dan merampas dua komputer dari pejabat itu.

Pengasas GerakBudaya Chong Ton Sin berkata, pegawai terbabit berada di pejabatnya lebih dari satu jam.

“Mereka datang kira-kira 11 pagi dan pulang sekitar tengah hari. Mereka tidak banyak bercakap sekadar memberitahu mahu mengambil komputer.

“Ia cukup mengganggu,” katanya kepada FMT.

Katanya, banyak data berkaitan tugasan harian ada dalam komputer itu dan terpaksa menangguhkan kerja sehingga ia dikembalikan.

Sebelum ini, pegawai dari Bukit Aman juga mengambil keterangannya dua kali sebelum Tahun Baharu Cina, katanya.

“Kali ini mereka tidak bertanya apa-apa,” katanya.

Pada 8 Feb lalu, polis berkata mereka menerima 134 laporan di seluruh negara berkaitan kandungan buku Thomas “My Story: Justice in the Wilderness”.

Mereka yang membuat laporan mendakwa Thomas, yang berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 20 bulan dari Jun 2018, memfitnah dan menghina pelbagai pihak.

Antara yang membuat laporan adalah bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali dan bekas peguam cara III Mohamad Hanafiah Zakaria.

Buku 500 halaman itu diterbitkan pada 30 Jan dan kandungannya menimbulkan kontroversi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.