Pendakwa mohon semakan selepas mahkamah tolak permohonan reman pengasas Sugarbook

Pendakwa mohon semakan selepas mahkamah tolak permohonan reman pengasas Sugarbook

Permohonan semakan akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam esok.

Mahkamah hari ini menolak permohonan polis untuk menahan reman pengasas Sugarbook. (Gambar Bernama)

Nota Pengarang: Darren Chan Eu Boon mengaku bersalah pada Ogos 2022 atas pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung hantaran bertajuk “Top 10 Sugar Baby University in Malaysia” dan membayar denda sebanyak RM7,000. Beliau tidak pernah didakwa atas kesalahan rogol atau pelacuran; waran tangkap terhadapnya telah dibatalkan dan Sugarbook tidak diisytiharkan sebagai haram.

PETALING JAYA:
Pengarah Pendakwaan Negeri memohon semakan ke atas keputusan mahkamah menolak permohonan polis untuk menahan reman pengasas Sugarbook, bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat, dalam kenyataan berkata permohonan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam esok.

Terdahulu, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan reman selepas pengasas berkenaan memberi aku janji akan beri kerjasama penuh kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b), 372(1)(d), dan 372B Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.