SPRM tahan timbalan pengerusi PKR Perak

SPRM tahan timbalan pengerusi PKR Perak

M A Tinagaran ditahan setelah beliau hadir di pejabat SPRM Perak untuk membantu siasatan.

Kumpulan ketua Pemuda PKR itu berkata mereka berpandangan perkara berkenaan sewajarnya diselesaikan secara berhemah menerusi saluran dalaman parti.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan timbalan pengerusi PKR Perak M A Tinagaran di Ipoh hari ini.

Sumber parti berkata, Tinagaran ditahan setelah beliau hadir di pejabat SPRM Perak untuk membantu siasatan.

Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador, mengesahkan Tinagaran hadir di pejabat SPRM Perak untuk membantu siasatan, namun tidak menyatakan butiran siasatan itu.

Bagaimanapun, media memetik sumber sebagai berkata siasatan itu berkaitan dengan sebuah projek pembangunan di Perak, namun tidak ada pengesahan.

M A Tinagaran.

“Diharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian pada masa ini.

“Semoga keluarganya bersabar menempuhi dugaan ini di samping sahabat-sahabat dan penyokong setia yang sentiasa memberikan sokongan,” kata Farhash.

Farhash berharap siasatan akan dijalankan secara telus dan “semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa sebarang campur tangan,” mana-mana pihak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.