19 kluster baru 14 daripadanya babitkan tempat kerja

19 kluster baru 14 daripadanya babitkan tempat kerja

Kluster dikesan di Johor, Selangor, Sabah, Pahang, Kedah, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Kakitangan perubatan sebuah poliklinik menjalankan ujian calitan Covid-19 untuk orang ramai menggunakan Kit RTK-Antigen Covid-19 di Petaling Jaya.

PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 19 kluster baharu Covid-19 antara tertinggi setakat ini membabitkan tujuh negeri dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster dikesan di Johor, Selangor, Sabah, Pahang, Kedah, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Ia melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja empat kluster melibatkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi:

  • Kluster Rawang Bestari ( Gombak dan Hulu Selangor) dengan 45 kes
  • Kluster Jalan Lazuardi (Petaling) dengan 24 kes
  • Kluster Jalan Industri Dua Belas (Petaling) dengan 17 kes
  • Kluster Jalan Industri Tiga (Gombak) dengan 16 kes
  • Kluster Industri Cyber (Kulai) dengan 161 kes
  • Kluster Jalan Pelepas Empat (Johor Bahru) dengan 87 kes
  • Kluster Wawasan Kulai (Kulai dan Kota Tinggi) dengan 68 kes
  • Kluster Package Pengerang (Kota Tinggi) dengan 10 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (Kepong) dengan 173 kes
  • Kluster Univista (Samarahan dan Kucing) dengan 45 kes
  • Kluster Gelong ( Kapit) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Geronggang (Sibu) dengan 41 kes
  • Kluster Kampung Sungai Maong (Kuching) dengan 18 kes
  • Kluster Kidurong Dua (Bintulu) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Apas Empat ( Tawau dan Kalabakan) dengan 22 kes
  • Kluster Simpang Tiga (Kota Belud, Koto Merudu dan Pitas) dengan 25 kes
  • Kluster Jalan Kayu Manis (Manjung) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Day (Kota Setar dan Kubang Pasu) dengan 12 kes
  • Kluster Jengka Tujuh (Maran dan Jerantut) dengan 20 kes

Kluster yang berkaitan tempat kerja adalah Rawang Bestari , Jalan Lazuardi, Jalan Industri Dua Belas, Jalan Industri Tiga cIndustri Cyber, Jalan Pelepas Empat, Wawasan, Package Pengerang,Tapak Bina Jalan Segambut,Jalan Apas Empat, Simpang, Jalan Kayu Manis, Jalan Day, Jengka Tujuh, manakala kluster komuniti melibatkan Gelong, Kidurong Dua, Kampung Sungai Maong dan Univista dan Jalan Geronggang pula membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Jumlah kluster setakat 16 Feb adalah 1,015 dengan 499 aktif, dengan 79 kluster melaporkan kes jangkitan baharu.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Damar (201 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (173 kes), dan Kluster Industri Cyber (161 kes),”katanya.

Sementara itu, sembilan klustertamat hari ini iaitu Kluster Jalan Thamby, Kluster Tapak Bina Hevea, Kluster Jalan Padu, Kluster Pasar Jalan Sentosa, Kluster Wawasan Gading, Kluster Jalan Datuk, Kluster Tampoi Jaya, Kluster Rantau Cempaka, dan Kluster Keranji Tabuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.