Dua pekerja positif Covid-19, pengeluar produk kayu Dominant gantung operasi kilang

Dua pekerja positif Covid-19, pengeluar produk kayu Dominant gantung operasi kilang

Kes-kes positif tersebut dikesan melalui saringan syarikat tersebut terhadap semua kakitangannya.

Selain kuarantin dan pengasingan kes-kes positif, langkah serta prosedur pembasmian kuman dan sanitasi akan dijalankan di premis terbabit, kata Dominant.
KUALA LUMPUR:
Pengeluar produk panel kayu dan komponen perabot, Dominant Enterprise Bhd, telah menggantung sementara operasi kilang dan gudangnya di Muar, Johor, selepas dua pekerja disahkan positif Covid-19 pada 11 Feb susulan saringan terhadap semua kakitangannya.

Berikutan itu, kedua-dua pekerja terbabit telah dikuarantin dan diasingkan daripada pekerja lain, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Sejajar usaha berterusan syarikat untuk membendung dan mengelak penularan virus ini, kami akan menggantung operasi di Muar pada 12-25 Februari 2021 sehingga mendapat arahan lanjut daripada pihak berkuasa.

“Dalam tempoh tersebut, langkah serta prosedur pembasmian kuman dan sanitasi akan dijalankan di premis terbabit.

“Syarikat juga akan terus bekerjasama erat dengan pihak berkuasa untuk memastikan operasi dapat disambung semula serta keadaan pekerja sentiasa terpelihara pada setiap masa,” katanya.

Menurut Dominant, langkah penggantungan operasi itu akan memberi impak minimum terhadap prestasi operasi dan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.