
Pengarah kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata, 56 pusat vaksinasi akan dibuka di seluruh negeri.
“Kita mempunyai kira-kira 97,000 pekerja barisan hadapan, termasuk kakitangan penjagaan kesihatan dan bukan kesihatan, yang terlibat secara langsung dalam perang terhadap Covid-19 di Sarawak,” katanya kepada pemberita hari ini.
“Jadi kami akan memberikan vaksin kepada hampir separuh daripadanya terlebih dulu,” katanya.
Chin berkata, hospital dan klinik yang dipilih sebagai pusat vaksin akan membuat janji temu dengan pekerja barisan hadapan itu untuk menerima suntikan.
“Kami mahu memastikan mereka kembali untuk dos kedua tepat pada masanya iaitu 21 hari kemudian, untuk memastikan vaksin itu berkesan,” katanya.
Katanya, fasa kedua dijangka bermula pada hujung April namun bergantung kepada adanya vaksin berkenaan.