877 individu ‘keras kepala’ ditahan langgar PKP

877 individu ‘keras kepala’ ditahan langgar PKP

Daripada jumlah itu seramai 806 dikenakan kompaun dan 71 direman.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata antara kesalahan direkodkan ialah gagal mematuhi penjarakan fizikal, rentas negeri/daerah tanpa kebenaran, aktiviti pusat hiburan dan tidak memakai pelitup muka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 877 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 806 dikenakan kompaun dan 71 direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (253), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (177), aktiviti pusat hiburan (101), tidak memakai pelitup muka (98), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82) dan lain-lain (166),” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata dalam Op Benteng semalam, pihak berkuasa berjaya menahan 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan lima tekong.

“Lapan kenderaan darat juga berjaya dirampas dalam operasi itu. Pihak berkuasa turut mengesan 102 bot/kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.