Peguam gesa sistem lebih bersifat pemulihan, urus pesalah dadah

Peguam gesa sistem lebih bersifat pemulihan, urus pesalah dadah

Sangeet Kaur Deo berkata penahanan di penjara tidak menangani masalah penggunaan dadah.

Sangeet Kaur Deo.
PETALING JAYA:
Peguam Sangeet Kaur Deo berkata sudah tiba masa negara ini beralih kepada sistem lebih bersifat pemulihan bagi menguruskan pesalah dadah, yang merangkumi komponen terbesar dalam penjara Malaysia yang kian sesak.

Sangeet, yang juga sebahagian daripada All Party Parliamentary Group Malaysia for the Reform of All Places of Detention (APPGM) berkata, penjara kini “mencapai lambakan kapasiti 200%” dan sebanyak 60% melibatkan pengguna dadah kecil-kecilan.

Susulan itu, katanya, penahanan di penjara tidak menangani isu penggunaan dadah di negara ini.

“Untuk tujuan itu anda perlu melihat pembaharuan sistem secara keseluruhan, yang mesti dilakukan menerusi penggubalan.

“Buat masa ini undang-undang berkaitan memiliki dadah untuk kegunaan kita akan terus melihat seseorang dihantar ke penjara sedangkan itu bukan penyelesaiannya,” katanya dalam wawancara membincangkan pembaharuan penjara di Astro Awani.

Disoal sama ada wujud mekanisme lain seperti sistem parol untuk mengatasi kesesakan di penjara, Sangeet berkata Akta Penjara 1995 memberi pilihan itu untuk tahanan yang dianggap layak.

Namun, katanya, keadaan itu masih boleh dibaiki untuk membantu sistem penjara.

“Ini merangkumi rangkaian agensi kerajaan yang memastikan penerimaan semula banduan ke masyarakat, iaitu elemen penting dalam menghalang jenayah.”

Beliau turut menyifatkan sistem lembaga pengampunan, yang berkaitan dengan budi bicara Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan sebagai “tidak begitu telus.”

Katanya, tiada sistem atau tempoh tetap untuk lembaga itu bersidang.

“Ertinya seseorang mungkin menunggu bertahun lamanya untuk diampunkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.