759 ditahan ingkar PKP

759 ditahan ingkar PKP

Daripada jumlah itu sebanyak 715 dikompaun dan 44 individu direman.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata antara kesalahan direkodkan ialah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran, tiada penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan keluar rumah tanpa alasan munasabah.
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 759 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 715 dikompaun dan 44 individu direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (203), tiada penjarakan fizikal (167), tidak memakai pelitup muka (117), keluar rumah tanpa alasan munasabah (84), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (57), membawa penumpang berlebihan (22), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (12), aktiviti pusat hiburan (8) dan lain-lain (89),” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Ismail berkata semalam seramai 6,118 warga asing menjalani ujian saringan Covid-19.

Katanya, daripada jumlah itu dua didapati positif Covid-19.

“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 368,185 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 melibatkan 16,758 majikan.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,198 disahkan positif Covid-19, manakala 360,987 lagi negatif,” katanya.

Ismail berkata, sehingga kini sebanyak 1,370 klinik terlibat dengan program saringan itu.

“Seperti yang diumumkan, ujian saringan Covid-19 diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Feb lalu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.