Kelaparan jalanan semakin parah, kesan sekatan semakin terasa

Kelaparan jalanan semakin parah, kesan sekatan semakin terasa

Lebih ramai orang, terutama golongan berpendapatan rendah kini di berada di ambang kemiskinan tegar.

Menurut Unicef, pengangguran dalam kalangan ketua keluarga yang tinggal di rumah pangsa kos rendah di Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda.
PETALING JAYA:
Dengan lanjutan langkah penutupan dan perintah sekatan pergerakan di seluruh negara, lebih ramai orang, terutama golongan berpendapatan rendah kini di berada di ambang kemiskinan tegar, khususnya di kawasan bandar .

Pengangguran dalam kalangan ketua keluarga yang tinggal di rumah pangsa kos rendah di Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan dua kali ganda menurut Tabung Kanak Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau Unicef. Seorang daripada tiga orang dewasa di rumah pangsa berkenaan kini menganggur.

Lebih ramai terpaksa turun ke jalanan untuk kelangsungan hidup kerana sudah tidak mampu membiayai kos tempat tinggal, di tambah pula dengan harga makanan yang semakin mahal.

Bilangan yang memerlukan bantuan makanan bertambah, kata Mohd Syazwan dari badan bukan kerajaan (NGO), bank makanan, The Lost Food Project.

Mohd Syazwan.

Katanya, mereka terpaksa mengembangkan operasi pengumpulan makanan dan aktiviti pengagihan semula sejak setahun ini.

“Kami berasa perlu untuk mengembangkan perkhidmatan kami,” kata beliau kepada FMT.

Beliau berkata, pada tahun lalu sahaja bank makanan itu mengumpul kira kira 34,000kg makanan berbanding 3,000 kg pada tahun sebelumnya.

Keselamatan makanan untuk golongan miskin bandar sememangnya merupakan isu walapun sebelum wabak Covid-19 melanda.

Ini boleh dilihat menerusi laporan pelbagai institusi seperti Bank Dunia, Bank Negara (BNM) dan Unicef.

Namun keadaan bertambah meruncing berikutan wabak ini.

“Ini bukan soal mendapatkan makanan, sebaliknya makanan bermutu dan berkhasiat. Keadaan semakin sukar buat golongan miskin sekarang,” katanya.

“Ini dilihat sepanjang tahun lalu, walaupun pada peringkat awal pelaksanaan PKP (perintah kawalan pergerakan) pada Mac lagi .Kami menerima banyak panggilan aduan kesusahan daripada gologan miskin dan juga NGO yang memerlukan bantuan,” kata beliau.

Meskipun ada kelonggaran dalam sekatan pergerakan, timbul juga masalah batasan sosio ekonomi yang membebankan golongan B40 dan ini dibawa ke peringkat kedua perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKB) atau PKP2.0 .

Sebelum wabak melanda, terdapat lebih kurang 50 badan amal khusus untuk masyarakat B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Pantai dan Gombak, yang didaftar di bawah program bank makanan.

Tahun lalu bilangan itu bertambah kepada 60 ke 70 badan amal yang memperluaskan kemudahan tersebut ke kawasan lain di Kuala Lumpur dan Selangor seperti Setiawangsa , Klang dan Petaling Jaya .

“Ramai lagi yang perlu kami dekati pada waktu ini,” katanya dengan memberitahu bahawa sokongan yang diperolehi daripada orang ramai dan juga sektor korporat membolehkan mereka memberi perkhidmatan ke kawasan lain, termasuk Sabah.

Di samping itu lebih banyak restoran dan bakeri tampil menyatakan hasrat untuk menawakan makanan pada masa sukar ini.

Kata beliau, sepanjang 2020 mereka menerima kira-kira 11.5 tan makanan bermasak, iaitu lebihan makanan yang disediakan di restoran dan diagihkan kepada ribuan orang yang memerlukan .

Menurut Syazwan, bank makanan mengumpul atau “menyelamatkan” (daripada pembaziran) lebih 400,000kg bahan makanan bersamaan sejuta hidangan yang diagih semula secara percuma .

“Saya fikir restoran dan perniagaan melihat keadaan ini sebagai satu cara mereka boleh membantu dan mengelakkan pembaziran makanan yang disediakan di premis masing masing,” kata beliau.

Organisai yang dianggotai 250 sukarelawan itu mengumpul makanan masak yang tidak terjual di restoran dan bakeri untuk dihantar kepada badan amal yang berdaftar, NGO dan juga Ahli Parlimen di beberapa kawasan untuk diagihkan.

Mereka juga menerima sebahagian besar makanan segar dan bahan kering, termasuk sayuran dan bijirin secara ad hoc dari pasar raya, pemborong dan pihak lain.

Sementara itu, pakar diet dan ketua Pusat Kesihatan Penduduk Universiti Malaya Dr Hazreen Abdul Majid berkata, secara am pembaziran di restoran berkurang sepanjang tahun lalu.

PKP “mengajar” restoran supaya tidak menyediakan makanan berlebihan – pengajaran buat restoran dan juga pengguna, kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.