Pembuat sarung tangan Supermax henti operasi kilang selepas kesan kes Covid-19

Pembuat sarung tangan Supermax henti operasi kilang selepas kesan kes Covid-19

Supermax Corp Bhd akan menutup fasilitinya di Klang mulai hari ini hingga Jumaat.

Supermax Corp Bhd mengesyaki jangkitan Covid-19 yang dikesan dalam kalangan pekerjanya berpunca daripada pengangkut luar. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pembuat sarung tangan Supermax Corp Bhd menghentikan sementara kerja-kerja di fasiliti pembuatannya di Klang setelah mengesan beberapa kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang berkenaan.

Syarikat itu dalam pemfailan dengan Bursa petang semalam berkata fasiliti itu akan ditutup mulai hari ini hingga Jumaat.

Pengilang sarung tangan ketiga terbesar di Malaysia berdasarkan nilai pasaran itu berkata, syarikatnya secara berkala melakukan saringan Covid-19 ke atas pekerja di semua kilangnya.

“Syarikat telah mencatatkan kes pertama jangkitan Covid-19, yang disyaki berpunca daripada pengangkut luar, berdasarkan dapatan awal kami,” katanya.

Terdahulu, lokasi syarikat pesaing, Top Glove, di Klang mencatatkan kluster Covid-19 terbesar di Malaysia setelah lebih 5,000 pekerja diuji positif tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.