Pemimpin Otai Reformis dilepas tanpa dibebaskan, mungkin hadapi tuduhan lebih berat

Pemimpin Otai Reformis dilepas tanpa dibebaskan, mungkin hadapi tuduhan lebih berat

Mustapa Mansor Amer Mohd Isa dituduh memuat naik video dan membuat kenyataan dengan niat untuk menimbulkan rasa takut atau bimbang.

Timbalan Presiden Otai Reformis, Mustafa Mansor Amer Mohd Isa didakwa tahun lalu dengan menerbitkan pernyataan ‘yang mendorong kegentaran masyarakat’.
KUALA LUMPUR:
Seorang aktivis politik yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas dakwaan menerbitkan pernyataan yang “mengakibatkan kegentaran awam” tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Otai Reformis Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, 58, berkemungkinan berdepan pendakwaan baru.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali membenarkan permohonan DNAA oleh timbalan pendakwa raya Zuraidi Zulkifli.

Zuraidi memberitahu majistret bahawa Mustapa akan didakwa di mahkamah sesyen namun tidak mendedahkan sifat kesalahan itu.

Mustapa didakwa memuat naik video di YouTube dan membuat pernyataan pada 16 Apr tahun lalu dengan niat untuk menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai.

Kesalahan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret memerintahkan jaminan RM6,000 dikembalikan kepada penjamin.

Peguam Jadadish Chandra berkata Mustafa berkemungkinan akan berdepan tuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 kerana berkongsi kandungan yang menyinggung dan mengancam di media sosial.

Kesalahan mengikut Seksyen 233 CMA itu membawa denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Saya percaya pihak pendakwa ingin membuat pertuduhan di mahkamah sesyen yang (boleh) menjatuhkan hukuman yang lebih tinggi,” katanya kepada FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.