Kadar kebolehjangkitan Covid-19 menurun lagi

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 menurun lagi

Kementerian Kesihatan melaporkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 menurun pada 0.92 daripada 0.94 semalam.

PETALING JAYA:
Kadar nilai kebolehjangkitan Covid-19 (R0) menurun pada 0.92 daripada 0.94 semalam selepas berada atas 1.0 untuk seluruh negara seminggu lalu, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Jika nilai R0 ialah 1, ia bermaksud setiap 10 orang yang dijangkiti virus itu berpotensi menyebarkannya kepada 10 orang lain.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 R0/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 Feb 2021 untuk seluruh negara turun lagi kepada 0.92,” katanya di Twitter.

KKM menyasarkan untuk mencapai R0 bawah 0.6.

Dalam kalangan negeri, Melaka melaporkan tertinggi R0 iaitu 1.17. Negeri dan wilayah lain yang melaporkan R0 atas 1.00 adalah Selangor (1.10), Kuala Lumpur (1.03), Johor (1.09), Melaka (1.17), dan Pulau Pinang (1.07).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.