Penginapan syarat pertimbang rayuan pengusaha ambil pekerja asing, kata menteri

Penginapan syarat pertimbang rayuan pengusaha ambil pekerja asing, kata menteri

Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kebanyakan sektor perkayuan dan perladangan tidak mengikut spesifikasi atau 'mesra COVID-19' terutama dari segi penyediaan penginapan.

Kerajaan memberi peluang kepada sektor perkayuan, sawit dan getah memohon pengecualian daripada dasar pembekuan pengambilan pekerja asing dengan syarat mereka perlu menyediakan penginapan ‘mesra Covid-19’.
KULAI:
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan menjadikan penyediaan penginapan sebagai syarat untuk mempertimbangkan rayuan pemain industri perkayuan, sawit dan getah dikecualikan daripada dasar pembekuan pengambilan pekerja asing.

Menterinya, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kebanyakan pengusaha industri perkayuan dan perladangan tidak mengikut spesifikasi atau “mesra Covid-19”, terutama dari segi penyediaan penginapan.

“(Sektor) Perkayuan juga ada jumpa saya, mereka minta bantuan sama. Kita bagi mereka peluang mohon pengecualian 20,000 (tenaga kerja asing), tetapi syaratnya adalah penginapan.

Mohd Khairuddin Aman Razali meninjau kemajuan industri lada peringkat huluan dan hiliran di Felda Inas Utara hari ini.

“Sektor perladangan ini, penginapan tidak mesra Covid-19. Kalau mereka mampu ikut spesifikasi, kita boleh pertimbang dan ia sudah pun dimasukkan dalam jawatankuasa untuk dipertimbangkan dan kita buat syarat terbabit,” katanya selepas meninjau kemajuan industri lada peringkat huluan dan hiliran di Felda Inas Utara.

Jun tahun lalu, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata, pengambilan pekerja asing dalam semua sektor dibekukan hingga akhir 2020 dengan peluang pekerjaan kini diutamakan kepada penduduk tempatan.

Dalam perkembangan lain, Khairuddin enggan mengulas lanjut kenyataan pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook mengenai parti Islam itu menyokong Nabi Muhammad sepenuhnya, sekaligus perjuangan parti itu selari perjuangan Rasulullah.

“Saya kena ‘check’ (semak) dahulu apa kenyataan (Nik Mohamad Abduh) sebenarnya, saya tidak boleh guna berita daripada media saja,” jawabnya ringkas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.