
PETALING JAYA: Polis melancarkan siasatan ke atas dakwaan terdapat anggotanya meminta wang daripada warga Bangladesh yang ingin pulang ke negara asal, susulan aduan orang awam.
Perkembangan ini dicetuskan video seorang orang awam menceritakan kejadian yang didakwa itu yang tular di media sosial.
“Polis memandang serius berkenaan isu ini dan tidak akan berkompromi sama sekali dengan sebarang salah laku melibatkan mana-mana pegawai dan anggota polis,” katanya dalam kenyataan di Facebook Polis Selangor.
Polis juga berterima kasih kepada perakam kerana menyalurkan maklumat berkenaan.
“Serta akan menjalankan siasatan secara telus mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.