Lebih 4,700 pekerja kesihatan dijangkiti Covid-19, kata Dr Noor Hisham

Lebih 4,700 pekerja kesihatan dijangkiti Covid-19, kata Dr Noor Hisham

Ketua pengarah kesihatan berkata, jangkitan membabitkan lebih 3,000 wanita merangkumi 65% daripada kes berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata 65% pekerja kesihatan bukan barisan hadapan yang dijangkiti adalah wanita.
PETALING JAYA:
Ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan 4,756 pekerja kesihatan dijangkiti Covid-19 dalam melaksanakan tugas mereka.

Dari jumlah itu, 3,101 atau 65% adalah wanita, manakala 43% kes melibatkan jangkitan komuniti.

Selain pekerja kesihatan, pekerja barisan hadapan lain seperti polis juga dijangkiti dengan 936 kes setakat ini, melibatkan 1,355 yang dikuarantin.

“Ini menunjukkan risiko tinggi dalam kalangan pekerja barisan hadapan,” katanya dalam satu dialog petang ini.

Jumlah jangkitan dalam kalangan pekerja barisan hadapan, katanya, antara enam indikator untuk menilai pandemik.

Lima lagi indikator adalah jumlah jangkitan baharu; kadar jangkitan; kematian; penggunaan katil; dan ujian harian dilaksanakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.