Kementerian Sabah akan ambil alih taman asas tani SAIP

Kementerian Sabah akan ambil alih taman asas tani SAIP

Sabah Agro-Industrial Precinct akan menjadi sebahagian daripada rancangan negeri ini untuk mencapai tahap keselamatan makanan, kata Jeffrey Kitingan.

Timbalan ketua menteri Sabah Jeffrey Kitingan (tiga dari kiri) mendengar taklimat di Sabah Agro-Industrial Precinct di Kimanis hari ini. (Gambar pejabat DCM)
KOTA KINABALU:
Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) akan diletakkan di bawah kementerian pertanian dan perikanan Sabah selepas disifatkan sebagai tidak menguntungkan, bertujuan meningkatkan lagi produktivitinya, kata menterinya, Jeffrey Kitingan.

Beliau berharap Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) akhirnya akan dapat membantu mencapai cita-cita tahap keselamatan makanan di negeri ini.

Kitingan, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, berkata, “Kita terlalu banyak mengimport makanan, mengapa kita tidak menghasilkan makanan yang mencukupi untuk rakyat kita dengan sumber yang ada? Kita perlu meningkatkan R&D (penyelidikan dan pembangunan) dan melatih rakyat yang berminat dalam industri asas tani.”

SAIP, yang terletak di Kimanis, adalah kawasan teknologi yang berfungsi sebagai pencetus atau platform untuk pengembangan industri asas tani.

Kitingan berkata, pengurusan taman itu akan dikendalikan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi Sabah, kementerian pembangunan industri negeri dan Institut Kajian Pembangunan.

“Kita perlu bekerjasama untuk memastikan ia tidak menjadi satu lagi projek gajah putih,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.