
Bercakap di webinar anjuran Komuniti Muslim Universal (KMU), Berma berkata, mempersendakan Nabi Muhammad dan Nabi Isa seolah-olah menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna media sosial.
“Selain mempersendakan kepercayaan agama, mereka turut menggunakan istilah seperti ‘babi’ dan seumpamanya untuk merujuk kepada kumpulan etnik dan kepercayaan tertentu. Ini sangat biasa.
“Walaupun kita masih bersatu dalam kepelbagaian dan menghormati perkara yang menyatukan kita, saya sangat bimbang (mengenai hal ini).
“Saya rasa ini adalah masalah yang perlu kita bincangkan secara terbuka.”
Beliau turut mendapati rasisme di media sosial adalah satu daripada tujuh insiden diskriminasi kaum yang dinyatakan dalam Laporan Diskriminasi Kaum Malaysia 2019 oleh NGO Pusat Komas Julai lalu.
Seminar dalam talian yang bertajuk “Freedom of Religion, Belief and Expression in Malaysia: Where Are We Headed?” adalah program terakhir sempena kempen #Kebersamaan KMU yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu.
Bertujuan mendorong wacana positif mengenai kebebasan beragama, kepercayaan dan ekspresi di Malaysia, kempen itu juga bertujuan mempromosi nilai progresif seperti rasa hormat, bebas diskriminasi dan bebas kekerasan dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Memetik risalah kempen yang dilancarkan hari ini, KMU berkata, ucapan atau tulisan penuh kebencian serta perpecahan dalam kalangan masyarakat, terutama oleh tokoh berpengaruh, sedang meningkat dan cabaran nyata untuk kemajuan sosial.
NGO itu berkata, disebabkan pemimpin politik, agama dan masyarakat ini memiliki keabsahan serta kewibawaan sosial dalam masyarakat, ucapan kebencian daripada individu berpengaruh ini membawa kepada pandangan masyarakat dengan nada bermusuhan yang menyebabkan perkembangan hak asasi manusia dan persamaan masyarakat Malaysia berisiko.
“…Peranan perpecahan dan ucapan kebencian yang didorong kepentingan politik serta fundamentalis agama, terutamanya di media sosial, mempengaruhi dan memburukkan lagi isu dengan menjadikan kaum dan agama tertentu sebagai mangsa.
“Ia menyebabkan perpecahan sosial berdasarkan garis keturunan dan agama serta kerajaan mengubah keputusan untuk menerapkan dasar yang baik.