Telefon bimbit MB Pahang digodam

Telefon bimbit MB Pahang digodam

Laporan polis akan dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata laporan polis akan segera dibuat selepas talian telefon bimbitnya digodam sejak pagi tadi.
PETALING JAYA:
Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, memaklumkan talian telefon bimbitnya dipercayai digodam pihak tertentu sejak pagi tadi.

Sehubungan itu, laporan polis akan segera dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Saya memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi talian telefon bimbit tersebut,” kata beliau dalam kenyataan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran kejadian berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.