Adun DAP Johor positif Covid-19

Adun DAP Johor positif Covid-19

Sheikh Omar Ali menjalani ujian swab pagi semalam kerana tidak sihat.

Sheikh Omar Ali berkata, doktor menghubunginya hari ini untuk memaklumkan beliau positif Covid-19. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Wakil rakyat DAP di Johor, Sheikh Omar Ali mendedahkan beliau positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan hari ini.

Adun Paloh itu berkata, beliau ke Pejabat Kesihatan Daerah Kluang untuk menjalani ujian swab pada 11.30 pagi semalam kerana tidak sihat.

“Tadi doktor telah menghubungi saya untuk maklumkan keputusan ujian swab. Dukacita saya disahkan positif Covid-19.

“Saya mohon maaf pada semua, doakan saya dan keluarga kembali sihat dan selamat.

“Saya akan menerima rawatan lanjut mengikut saranan dan panduan pihak hospital,” kata ketua Pemuda DAP Johor itu di Facebook.

Kes Covid-19 Johor melonjak sejak bulan lalu dengan 1,020 kes baru direkodkan semalam yang menyebabkan keseluruhan meningkat melebihi 21,000 kes di negeri itu.

Terbaru, pejabat menteri besar Johor ditutup untuk sanitasi selepas setiausaha politik menteri besar disahkan positif Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.