
PETALING JAYA: Polis menahan seramai 14 orang yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dua kumpulan bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras semalam.
Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (JSJ) dalam kenyataan berkata, polis sedang mengesan beberapa lagi suspek.
Motif kejadian adalah perebutan kawasan penjualan dadah antara Geng 08 Sg Besi Indah, Serdang dengan Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang.
Video pergaduhan itu turut tular yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.
JSJ Selangor memaklumkan dua lelaki yang cedera sedang menerima rawatan di hospital.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh.