Suami isteri direman 7 hari disyaki dera anak sampai mati

Suami isteri direman 7 hari disyaki dera anak sampai mati

Kanak-kanak tujuh tahun itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya, tetapi siasatan awal polis mendapati ada kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Suami isteri berusia 32 dan 38 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
MELAKA:
Sepasang suami isteri berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Mohd Sukri Kaman berkata, perintah reman tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya.

Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira 4 petang, namun siasatan awal polis mendapati ada kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.