
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 404 orang dikompaun, 21 direman manakala seorang dijamin.
Selain gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, katanya, kesalahan lain termasuk tidak memakai pelitup muka (88), gagal mematuhi penjarakan fizikal (81), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (40), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (24), makan dan minum di premis tanpa kebenaran (20), mengadakan majlis tanpa kebenaran (6) dan lain-lain (74).
Beliau berkata, 23 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan lima kenderaan serta dua bot dirampas menerusi Operasi Benteng.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan 1,656 pemeriksaan khas pematuhan SOP.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,632 premis mematuhi SOP, 22 diberi nasihat, manakala dua lagi premis dikompaun,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, seramai 251,101 pekerja asing menjalani ujian saringan Covid-19 melibatkan 10,500 majikan sejak 1 Dis 2020 hingga semalam.
“Daripada jumlah itu, seramai 4,735 orang disahkan positif, manakala 246,366 lagi negatif.”