
Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, kerajaan perlu memberitahu orang ramai apa yang akan berlaku selepas ini.
PKP dijadual berakhir pada 4 Feb, setelah berkuat kuasa selama tiga minggu. Namun KKM berkata ia mungkin berlanjutan selama empat minggu, sehingga sebelum Tahun Baharu Cina, yang jatuh pada 12 Feb.
Lee memberitahu FMT: “Menjelang esok pihak berwajib sepatutnya memberitahu orang ramai mengenai langkah-langkah selanjutnya, supaya perniagaan dapat membuat rancangan bersempena Tahun Baharu Cina. Orang ramai perlu tahu sama ada mereka boleh pulang ke kampung halaman, dan adakah restoran boleh menerima tempahan.
“Perniagaan perlu memutuskan apa yang harus dilakukan selanjutnya,” katanya.
Beliau turut menyatakan kekecewaannya terhadap sikap kerajaan yang seolah-oleh tidak berperang dengan Covid-19.
“Kita sedang berperang dan segala peruntukan sumber yang ada harus diselia dengan sewajarnya,” katanya. “Tetapi apa yang menteri Kabinet dan pegawai awam kita buat selama PKP ini?”