
Pengeluar roti itu dalam satu notis dalam talian berkata, operasinya terjejas sementara kerana “langkah pencegahan” sejajar syarat pihak berkuasa tempatan itu.
Sesetengah pengguna media sosial dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor memberi komen di Facebook Massimo Bread dengan berkata, mereka tidak dapat mencari rotinya sejak minggu lalu.
Yang Dipertua MPK, Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dipetik The Star berkata, 37 kilang diarah tutup sementara untuk sanitasi dan pekerja menjalani ujian saringan Covid-19.
Katanya, pegawai kesihatan MPK melakukan pemeriksaan rambang di 104 kilang dan 37 kilang didapati melanggar peraturan pencegahan virus di kawasan kerja dan asrama pekerja.
“Kami terpaksa menutup kilang itu selama seminggu dalam usaha menghentikan kes Covid-19 daripada meningkat. Selain itu, kami mahu kilang tertentu menambah baik keadaan dalam asrama pekerja.”
Katanya, penutupan itu dibuat atas nasihat Jabatan Kesihatan, “jika tidak jangkitan mungkin meningkat dan keadaan lebih teruk kerana ia mungkin perlu melaksanakan ‘total lockdown’.”