Penularan Covid-19 paksa Pejabat MB Kedah tutup sementara

Penularan Covid-19 paksa Pejabat MB Kedah tutup sementara

Menurut kenyataan di Facebook rasmi kerajaan negeri, pihak pentadbiran di Pejabat Menteri Besar akan ditutup bermula 31 Jan hingga 2 Feb dan dibuka semula pada 3 Feb.

Pejabat Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah yang terletak di Wisma Darul Aman juga ditutup mulai hari ini sehingga 6 Feb, selepas seorang kakitangannya positif Covid-19. (Gambar Facebook)
ALOR SETAR:
Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman akan ditutup sementara susulan penularan Covid-19 di sebuah jabatan kerajaan negeri yang terletak di wisma berkenaan.

Menurut makluman yang dimuat naik di Facebook rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, pihak pentadbiran di Pejabat Menteri Besar akan ditutup bermula 31 Jan hingga 2 Feb dan dibuka semula pada 3 Feb.

Turut ditutup ialah pejabat Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah (Jitu) yang terletak di wisma sama, mulai hari ini sehingga 6 Feb bagi membolehkan proses sanitasi serta kuarantin kendiri semua kakitangan, selepas seorang kakitangan positif Covid-19.

Selain itu, menerusi satu lagi hantaran di Facebook sama, Lembaga Sumber Air Kedah (LSANK) turut memaklumkan operasi mereka ditutup bermula hari ini sehingga 6 Feb.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.