Kedai runcit, serbaneka, dobi dibenar buka hingga 10 malam

Kedai runcit, serbaneka, dobi dibenar buka hingga 10 malam

Penyelarasan waktu operasi itu bertujuan memudahkan pemantauan pihak berkuasa.

Kedai dobi layan diri antara perniagaan dalam sektor penting yang dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam.
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua perniagaan dalam sektor penting di negeri yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam mulai esok.

Ia termasuk kedai runcit, serbaneka, makanan haiwan, cermin mata, farmasi dan dobi.

“Penyeragaman ini bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan, di mana sebelum ini, kerajaan hanya bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi kedai makan, restoran, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, medan selera dan perkhidmatan penghantaran makanan sehingga 10 malam,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, semua perniagaan dalam industri perhutanan, termasuk syarikat pembalakan, juga dibenarkan beroperasi mulai esok.

Sementara itu, Ismail berkata, 494 individu ditahan semalam kerana mengingkari arahan PKP.

Daripada jumlah itu, 464 individu dikompaun, 29 direman dan seorang lagi dijamin.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuklah tidak memakai pelitup muka (112), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (67), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (62), tiada penjarakan fizikal (56) dan lain-lain (197).”

Katanya, 21 pendatang asing tanpa izin ditahan dan dua kenderaan dirampas menerusi Operasi Benteng.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.