Covid-19: Hamzah pulih, dibenar keluar hospital

Covid-19: Hamzah pulih, dibenar keluar hospital

Hamzah turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang beliau dirawat.

Hamzah Zainudin disahkan positif Covid-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
PETALING JAYA:
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital Ahad lalu selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

Menerusi kenyataan, Hamzah turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang beliau dalam rawatan.

“Saya telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan dan pemantauan rapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada doktor, jururawat serta petugas barisan hadapan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang dan layanan mesra tidak mengira penat lelah sepanjang tempoh rawatan saya,” katanya.

Beliau menyeru semua rakyat terus mematuhi SOP ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Hamzah disahkan positif Covid-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.