Hospital Melaka masih mampu beroperasi selepas 32 petugas positif Covid-19

Hospital Melaka masih mampu beroperasi selepas 32 petugas positif Covid-19

Siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dirawat di hospital itu.

Semua 32 kakitangan Hospital Melaka dikesan positif Covid-19 di bawah saringan kluster Bukit Palah.
MELAKA:
Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan mencukupi untuk mengendalikan operasinya, termasuk kes Covid-19 meskipun 32 kakitangannya dijangkiti virus itu, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Rahmad Mariman.

Katanya, semua 32 kakitangan Hospital Melaka itu dikesan positif Covid-19 di bawah saringan kluster Bukit Palah dan siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dirawat di hospital itu.

“Sehingga 12 tengah hari semalam, 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya belum mendapat keputusan.”

Beliau berkata, Melaka kini mempunyai 15 kluster dan 3,078 kes, dengan 1,299 kes aktif serta lapan kematian direkodkan sehingga semalam.

Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata, dua pelajar Tingkatan Lima masing-masing dari sekolah asrama di Bukit Piatu di sini dan sekolah berasrama penuh di Jasin disahkan positif Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.