
Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga dan Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga di daerah Kuala Terengganu dan SK Bukit Apit di Hulu Terengganu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja sanitasi dilakukan untuk mencegah penularan wabak pandemik tersebut di semua sekolah terlibat.
“Penutupan sementara sekolah itu dijalankan bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit. Sehubungan itu, semua aktiviti dalam kawasan sekolah perlu ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, 12 sekolah di daerah Kuala Terengganu juga diarah tutup iaitu SK Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman, SK Gong Tok Nasek, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh.