Kolej terbabit siasatan pengubahan wang haram

Kolej terbabit siasatan pengubahan wang haram

Menurut sumber, 200 akaun bank lain di bawah kawalan ahli perniagaan itu dan sekutunya turut dibekukan.

Siasatan oleh polis dan SPRM ke atas sebuah sindiket turut membawa kepada pembekuan 200 akaun bank.
GEORGE TOWN:
Pihak berkuasa membekukan enam akaun bank sebuah kolej swasta di sini, susulan siasatan pengubahan wang haram membabitkan salah seorang pengarahnya.

Sumber memberitahu FMT siasatan itu dipercayai sebahagian daripada satu siasatan pelbagai agensi oleh polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang ahli perniagaan, yang juga pengarah kolej berkenaan.

Menurut sumber itu, pembekuan akaun bank berkenaan menyebabkan gaji kira-kira 200 kakitangan kolej itu dibelenggui tanda tanya.

Menurut sumber, akaun terbabit dijangka dibekukan “sekurang-kurangnya tiga bulan”.

Difahamkan, kira-kira 200 akaun lain ahli perniagaan berkenaan, rakan niaga, dan sekutunya juga dibekukan.

Sumber sama turut memberitahu FMT, tindakan terkini terhadap pengarah kolej itu dan rakan niaganya sebahagian daripada siasatan lebih besar susulan satu serbuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.