
Peguam Harwinder Kaur, yang mewakili J Krishnasamy, berkata Hakim Ahmad Bache membenarkan permohonan yang dibuat oleh peguam kanan persekutuan, Anisah Normah Muhammad.
Harwinder tidak membantah permohonan itu.
“Kini pembelaan harus difailkan sebelum atau pada 2 Feb,” katanya selepas pengurusan kes dalam perbicaraan maya di hadapan Ahmad.
Pengurusan kes seterusnya pada 4 Feb.
Pada 8 Jan, hakim memerintahkan defendan – Kementerian Kesihatan, Hospital Ampang, tiga doktor, dan kerajaan – untuk mengemukakan pembelaan hari ini.
Ahmad turut mengarahkan mereka menyediakan laporan, nota, rekod, dan borang persetujuan kepada Krishnasamy dalam masa 14 hari, selepas membenarkan permohonan bagi memperoleh dokumen untuk membantu plaintif membuktikan tuntutannya.
Dalam penyataan tuntutan yang difailkan bulan lalu, Krishnasamy berkata anaknya, K Vimal Raj, 17 terpaksa dipotong anggota badan iaitu lengan kirinya di bawah siku, kaki kanannya di bawah pars lutut dan tumit serta jari kaki kiri pada 2019. Beliau mendakwa ia disebabkan oleh kecuaian dan pelanggaran.
Beliau menuntut ganti rugi khas, teruk, teladan dan umum.
Krishnasamy berkata, Vimal Raj kanak-kanak normal tanpa penyakit kritikal atau masalah genetik, selain cuma mengalami tindak balas alahan pada kemaluannya sebelum dimasukkan ke hospital.
Beliau cuma didiagnos menghidap “balanitis” (radang kelenjar zakar) yang mengikut Cleveland Clinic keadaan yang boleh dirawat yang lazimnya dialami lelaki tidak dikhatan.
Katanya, pembedahan dilakukan antara 15 Mac dan 26 Nov 2019, menyebabkan Vimal mengalami kecacatan teruk.