Tiada peraturan wajib pakai sarung tangan, kata Ismail

Tiada peraturan wajib pakai sarung tangan, kata Ismail

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap rakaman video yang tular apabila seorang juruwang wanita di sebuah pasar raya disaman polis kerana dikatakan tidak memakai sarung tangan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata tiada SOP mewajibkan pemakaian sarung tangan.
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak ada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mewajibkan pemakaian sarung tangan di mana-mana lokasi.

“Tiada SOP pakai glove (sarung tangan),” katanya di Twitter.

Ismail berkata demikian sebagai respons terhadap rakaman video yang tular sejak semalam, apabila seorang juruwang wanita di sebuah pasar raya disaman polis, kerana dikatakan tidak memakai sarung tangan.

Sementara itu, Kosmo! dalam laporan memetik Ketua Polis Daerah Putrajaya Mohd Fadzil Ali berkata, wanita berkenaan bukan disaman kerana tidak memakai sarung tangan sebaliknya tindakan diambil kerana tidak mematuhi beberapa SOP lain.

Fadzil berkata, berlaku kekeliruan mengenai video yang tular di media sosial itu.

Beliau berkata, anggotanya mengeluarkan saman kerana pekerja itu tidak mengimbas aplikasi MySejahtera dan manual serta tidak mengambil suhu badan sebelum mula bertugas.

Katanya, pekerja wanita itu disaman RM1,000 pada 17 Jan lalu di sebuah pasar raya di Presint 8 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.