
Human Rights Watch berkata ini meningkatkan kemungkinan penggunaan kuasa berlebihan.
Sikap kerajaan seolah-olah bermusuhan dengan pendatang tanpa izin meningkatkan risiko penderaan seperti itu, kata timbalan pengarah HRW Asia Phil Robertson.
Katanya, orang ramai kurang peluang mengambil tindakan undang-undang ketika tempoh darurat kerana Ordinan Darurat menghalang pemfailan tindakan seumpama itu terhadap kerajaan atau pegawai awam.
“Undang-undang itu patut disemak segera bagi membuang kuasa polis untuk tentera dan menamatkan kekebalan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, kebertanggungjawaban kerajaan perlu dalam menangani wabak Covid-19, bukannya “memberi kuasa sewenang-wenangnya kepada pihak berkuasa.”
Darurat diisytiharkan pada 12 Jan dan seorang menteri kabinet kemudian berkata anggota pasukan bersenjata mempunyai kuasa sama dengan polis untuk menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan.