Operasi kedai makan dilanjut sehingga 10 malam bermula esok

Operasi kedai makan dilanjut sehingga 10 malam bermula esok

Ini susulan terdapat permintaan operasi itu dibuka sehingga 10 malam.

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju melanjutkan operasi premis makanan dan minuman sehingga 10 malam bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata lanjutan itu setelah kerajaan menerima aduan, keluhan daripada orang ramai serta peniaga kedai makan yang mahu waktu operasi kedai nakan dilanjutkan dari jam 8 malam ke 10 malam.

Bagaimanapun, aktiviti penjualan makanan masih hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

“Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta penilaian risiko Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/ pusat penjaja, dan gerai makan tepi jalan/kios antara 6 pagi hingga 10 malam bermula esok.

“Ini juga terpakai kepada perkhidmatan penghantaran makanan,” katanya pada sidang media hariannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.