Hamzah Zainudin stabil, jalani rawatan di PPUM

Hamzah Zainudin stabil, jalani rawatan di PPUM

Sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Hamzah yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Dalam Negeri.

Setelah disahkan positif Covid-19 pada 12 Jan, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menjalani rawatan dan kuarantin di PPUM.
PETALING JAYA:
Pejabat Menteri Dalam Negeri mengesahkan menterinya, Hamzah Zainudin, berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kenyataan itu menyangkal spekulasi tentang tahap kesihatan Hamzah yang dikatakan semakin merosot setelah dijangkiti virus Covid-19.

“Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada Hamzah.

“Sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Hamzah yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri dalam Negeri,” katanya.

Pada 12 Jan, Hamzah disahkan positif Covid-19 dan dimaklumkan akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan bawah pemantauan rapat Kementerian Kesihatan.

Kementerian Dalam Negeri ketika itu turut meminta semua yang menjadi kontak rapat Hamzah bermula 8 Jan sehingga 11 Jan melakukan saringan Covid-19 di pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.