
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mengumumkannya di Twitter, dengan mengatakan ahli optometri dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan, sambil menambah: “(Perkhidmatan itu) memang penting.”
Ketika dihubungi, pembantu Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara itu.
Semalam, Persatuan Pengamal Optik Malaysia menggesa kerajaan untuk mengklasifikasikan perkhidmatan optometri dan optikal sebagai perkhidmatan perlu, dengan mengatakan sekitar 30% daripada masyarakat memerlukan cermin mata, termasuk barisan hadapan Covid-19.
“Apabila cermin mata mereka rosak, mereka terpaksa memakai cermin mata dengan preskripsi lama yang boleh menyebabkan pening dan ketidakselesaan,” kata presiden persatuan itu, Edmund Teng, dalam surat kepada Ismail.
Persatuan itu membuat permintaan serupa kepada kerajaan ketika PKP kali pertama Mac tahun lalu.